. .

Definasi dan Punca Kencing Manis

DEFINASI

Penyakit kencing manis atau diabetis merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan anda menggunakan atau mengawal gula atau glukosa darah.Glukosa adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia merupakan sumber utama tenaga untuk semua sel badan anda. Glukosa merupakan sumber bahan api utama untuk badan anda.

Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, ia bererti dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya, walaupun puncanya mungkin berbeza-beza. Pendedahan kepada glukosa lebihan dalam darah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius.

Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan jenis 2. Keadaan kencing manis yang berkemungkinan boleh disembuhkan adalah jenis pra-kencing manis iaitu apabila gula darah lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk digelar sebagai kencing manis. Sesuatu jenis kencing manis yang boleh disembuhkan adalah diabetis kehamilan yang hanya terjadi selama kehamilan.

PUNCA

Untuk memahami punca pembentukan penyakit kencing manis, terlebih dahulu anda harus memahami bagaimana gula diproses di dalam tubuh.

Glukosa merupakan sumber utama tenaga untuk sel-sel badan. Glukosa berasal dari dua sumber utama: makanan yang anda makan dan pencerai lemak dalam hati. Selepas pencernaan, glukosa diserap ke dalam aliran darah di dalam usus kecil. Glukosa ini kemudian akan dihantar masuk ke dalam sel dengan bantuan insulin.

Sel-sel beta di dalam pankreas menghasilkan hormon insulin. Sejurus selepas anda makan, pankreas akan mengeluarkan insulin ke dalam aliran darah anda. Insulin berfungsi seperti satu kekunci yang membuka pintu glukosa (glucose channel) yang membolehkan gula untuk memasukkan sel-sel anda. Dengan itu, insulin dapat mengurangkan kandungan glukosa dalam aliran darah anda.

Hati berfungsi sebagai pusat simpanan glukosa dan juga pusat penghasilan. Apabila badan anda memerlukan tenaga dan anda tidak dapat makan pada ketika itu hati anda akan melepaskan glukosa simpanan ke dalam darah demi mengawal paras gula yang seimbang.

Punca Kencing Manis Jenis 1

Dalam kes kencing manis jenis 1, system imunasi badan, yang sepatutnya memerangi bacteria atau virus berbahaya, menghancurkan sel beta pancreas yang menghasilkan insulin. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan atau langsung tidak ada insulin. Ini menyebabkan gula tidak dapat diangkut ke dalam sel-sel badan dan terkumpul di dalam aliran darah.

Punca Kencing Manis Jenis 2

Dalam keadaan kencing manis jenis 2, sel-sel badan menjadi tidak senstif terhadap tindakan insulin dan pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukup untuk mengatasi masalah ini. Ini turut menyebabkan gula terkumpul di dalam aliran darah. Punca sebenar yang menyebabkan ketidak sensitifan insulin (insulin resistance) ini masih tidak diketahui.

Punca Kencing Manis Kehamilan

Selama tempoh kehamilan, plasenta menghasilkan hormon untuk mengekalkan kehamilan wanita tersebu. Hormon-hormon ini boleh merencatkan kesensitifan sel-sel terhadap insulin. Keadaan ini akan menjadi lebih ketara apabila plasenta tumbuh menjadi lebih besar pada trimester ke-2 dan ke-3 sehingga sukar bagi insulin untuk melakukan tugasnya.

Biasanya, pancreas bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak insulin tambahan mengatasi halangan terhadap insulin ini, tetapi ada ketika di mana pankreas tidak dapat ikut kadar peningkatan halangan insulin tersebut. Apabila keadaan ini berlalu, cuma terdapat sedikit glukosa yang boleh masuk ke dalam sel-sel badan dan kebanyakan glukosa akan terapung di dalam darah. Keadaan ini digelar sebagai gestational diabetes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>