. .

Tanda-tanda Kencing Manis

Tanda-tanda kencing manis adalah berlainan di antara pesakit diaetes, ia bergantung kepada jenis kencing manis yang seseorang itu hidapi. Bagi seseorang wanita tersebut mengalami kencing manis kehamilan, dia mungkin tidak mengalami sebarang tanda-tanda kencing manis yang jelas.

Berikut merupakan tanda-tanda yang biasa di wujud pada pesakit kencing manis jenis 1 atau jenis 2:

  • Kekerapan buang air kecil meningkat
  • Kerapa rasa dahaga walaupun sudah minum air yang cukup
  • Sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga
  • Kehilangan berat badan yang mendadak
  • Penglihatan yang menjadi semakin kabur (tahap serius)
  • Luka yang lambat sembuh (tahap kronik)
  • Senang menghidap jangkitan penyakit pada kulit, gusi atau bahagian kemaluan (khasnya bagi wanita).

Jika anda mengesyaki anda sedang megalami beberapa tanda-tanda kencing manis tersebut dan mengesyakit bahawa andan mungkin telah menghidap kencing manis, anda perlu pergi jumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang lebih sempurna untuk mengenalpasti. Semakin awal anda mengenalpasti bahawa anda telah menghidap kencing manis, semakin besar kemungkinan untuk mengawal dan menyembuhkannya.

Kencing manis Jenis 1 adalah penyakit yang tidak boleh dicegah dan biasanya dijumpai di antara kanak-kanak atau remaja muda. Manakala kencing manis jenis 2 pula biasanya berlaku pada golongan orang dewasa yang lebih luas dan ia boleh dicegah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>