. .

Tanda-tanda Atau Gejala Kencing Manis

Terdapat banyak tanda-tanda Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2 adalah sama. Persamaan yang terutama adalah bacaan glukosa darah yang tinggi. Gula darah tinggi dalam Diabetis Jenis I adalah disebabkan oleh kekurangan insulin kerana sel yang menghasilkan insulin telah musnah. Diabetis Jenis 2 pula berlaku apabila sel-sel badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin yang hadir. Tak kira mana-mana satu jenis diabetis, sel-sel badan anda tidak dapat memperolehi glukosa yang mereka perlukan, dan badan anda akan memberi amaran degan menunjukkan tanda-tanda berikut:

Pembuangan Air Kecil Yang Kerap
Adakah anda melawat bilik air dengan lebih kerap sejak kebelakangan ini? Adakah anda rasa seperti anda mahu kencing sepanjang hari? Kekerapan kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak glukosa di dalam darah. Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk membuangkan takungan air kencing.

Kerap Rasa Dahaga
Jika anda merasa seperti anda tidak boleh mendapat air yang cukup walaupun anda telah minum lebih daripada biasa, ia juga merupakan satu simptom kencing manis, terutamanya jika anda turut mengalami masalah kencing yang kerap. Kehilangan air yang banyak menyebabkan anda menjadi ‘kering’ dan berasa perlu untuk minum lebih untuk menggantikan air yang hilang.

Kehilangan Berat Badan Yang Mendadak
Gejala ini adalah lebih ketara bagi pesakit kencing manis Jenis 1. Dalam Diabetis Jenis 1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas ataupun serangan imunisasi sendiri terhadap sel-sel pankreas. Apabila badan sangat memerlukan sumber tenaga dan sel-sel tidak dapat memperolehi glukosa, badan akan mula memecahkan tisu otot dan lemak untuk tenaga.

Kerap Rasa Lemah dan Letih
Glukosa daripada pencernaan makanan yang kita makan akan diserap masuk ke dalam aliran darah dan insulin sepatutnya membantu peralihan glukosa ke dalam sel badan kita. Sel-sel menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga yang kita perlu untuk hidup. Apabila insulin tiada wujud ataupun sel-sel tidak bertindak balas kepadanya lagi, maka glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan dan terapung di luar sel-sel dalam aliran darah. Lama kelamaan sel-sel badan akan kebuluran dan anda berasa letih dan lesu sentiasa.

Kekebasan pada Tangan atau Kaki
Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku beransur-ansur melalui dan menyebabkan kerosakan sistem saraf, khususnya di bahagian kaki. Kencing manis jenis 2 bermula dengan beransur-ansur, dan mangsa sering kali tidak sedar bahawa mereka telah mendapatinya. Terdapat banyak kes di mana gula darah mungkin telah tinggi untuk beberapa tahun sebelum diagnosis dibuat. Kerosakan saraf boleh merebak tanpa pengetahuan kita. Neuropati seringkali boleh dipulihkan dengan mengembalikan paras gula darah kepada tahap normal.

Tanda-tanda Lain Yang Boleh Wujud
Tanda-tanda kencing manis yang lain seperti penglihatan kabur, kulit yang kering atau gatal, jangkitan yang kerap atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga merupakan amalan awal bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada badan anda.

Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang boleh mengenalpasti sama ada anda telah menghidap penyakit kencing manis atau tidak.

2 Responses to Tanda-tanda Atau Gejala Kencing Manis

  1. Pingback: Alexander1

  2. Pingback: Alexander7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>