. .

Tag: kencing manis

0

Definasi dan Punca Kencing Manis

DEFINASI Penyakit kencing manis atau diabetis merujuk kepada satu golongan penyakit yang mempengaruhi bagaimana badan anda menggunakan atau mengawal gula atau glukosa darah.Glukosa adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia merupakan sumber utama tenaga untuk semua sel badan anda. Glukosa merupakan sumber bahan api utama untuk badan anda. Jika seseorang itu mempunyai kencing manis, tidak kira apa jenisnya, ia bererti dia mempunyai terlalu banyak glukosa yang terapung di dalam darahnya, walaupun puncanya mungkin berbeza-beza. Pendedahan kepada glukosa lebihan dalam darah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Keadaan kencing manis jenis yang serius adalah kencing manis jenis 1 dan

0

Ubat Kencing Manis Jenis Pil Pemakanan

Untuk pesakit kencing manis jenis 1, mereka biasanya tidak menggunakan ubat kencing manis jenis pil pemakanan. Ubat kencing manis jenis pil yang ditelan adalah lebih sesuai bagi pesakit kencing manis jenis 2 yang mempunyai masalah kandungan tinggi gula dalam darah yang kurang dari 10 tahun dan yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti. Biasanya ubat kencing manis jenis pil telan tidak boleh mengawal gula darah dengan berkesan untuk selama-lamanya. Selepas tempoh tertentu, keberkesanan ubat tersebut akan semakin berkurangan dan akhirnya berhenti berfungsi. Ramai pesakit kencing manis yang serius akhirnya terpaksa memulakan rawatan suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah mereka.

0

Ubat Kencing Manis Meragut Nyawa!

Dalam beberapa tahun belakangan ini, beratus-ratus orang meninggal di Perancis akibat daripada pengambilan ubat diabetes yang turut digunakan sebagai ubat hilang berat, menurut laporan rahsia daripada satu syarikat insurans kesihatan Perancis. Penawar kencing manis yang bernama Mediator itu boleh menyebabkan masalah lemah jantung dan tekanan darah tinggi. Selain negara Perancis, ubat kencing manis tersebut turut dipasarkan di Cyprus, Portugal, dan German. Kini, ubat kencing manis tersebut telahpun ditarik dari semua pasaran kesihatan ekoran daripada risiko kesihatan pengguna. Pihak kerajaan negara Perancis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuat ubat tersebut. Sebelum Mediator, syarikat tersebut turut memberhentikan penjualan satu ubat kencing manis