Tag: manis kencing
Penyakit Yang Paling Tidak Manis… Kencing Manis
Penyakit kencing manis sudah menjadi seperti satu wabak berjangkit yang semakin berleluasa. Bukan sahaja semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyakit ini, malah umur pesakit kencing manis turut menuju ke arah golongan yang lebih muda. Terdapat semakin ramai orang muda yang baru berumur sekitar 30-an menjadi mangsa Penyakit Senyap ini. Kencing Manis digelar sebagai Penyakit Senyap kerana membentuk di dalam badan seseorang itu tanpa sebarang tanda awal. Ia turut merupakan salah satu penyakit moden yang mengaut berjuta-juta kos perubatan. Malangnya, teknologi perubatan yang serba canggih pada masa kini masih tidak dapat mengubati penyakit ini. Bukan sahaja semua ubat kencing
Rawatan Kencing Manis